BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 7 July 2013

KUALA LUMPUR IKUT AKU MENANGIS

Oktober 26, 2012

Aku tenang di tepi laut sambil memandang matahari dan jauhnya laut... Jerit aku nak menjerit tapi siapa yang mahu hulurkan air buat penenang tekakku? Sakit aku sakit siapa yang nak sapu ubat untuk lukaku? Gelanggang dunia selalu menang dengan pertaruhan manusianya yang punyai akal yang berakar-akar. Nak paut aku rasa takut, nak ikut aku rasa semput... Senang untuk berdikari namun susah untuk mencari... APA yang aku nak cari? Beza aku dengan manusia adalah AKAL. Urat-uratku semakin membesar dan terus mencari tua. Kenapa manusia masih berpegang teguh pada RUKUN yang mereka cipta? Bongkak itu daging mereka, hasad dengki itu urat-urat mereka, sombong itu darah mereka... Belum gagal lagi perjalanan fitnah manusia pada manusia... Bukan kejam sangat semua tu, cuma tak sedar di dalam sedar. Entahlah.. Kata mereka seronok nak buat lagi... buat apa? Buatlah lagi bagi mengisi tabung uji kaji dosa sendiri. Dah pesan tapi buat lagi... saja nak uji minda kata mereka... Kadang-kadang nak berdiri tegak tapi kasihan pulak pada yang asyik duduk saja... Lenguh tu...! Mata mereka sama macam mata aku tapi lain cara lihatnya, hidung sama macam hidung aku tapi lain hidunya, telinga sama macam telinga aku tapi lain cara pendengarannya, mulut sama macam mulut aku tapi lain pula cakapnya... Kalau tak mahu fikir senang sahaja, 'Rebahkan tubuhmu menghadap langit, tenung tajam-tajam dan terus bertanya... KENAPA  AKU ditentang manusia?'. Manusia itu kawan karibku, manusia itu orang yang berikanku ilmu... Tapi tak seronok pula kalau aku masuk fun fair dan tak main semua permainan... tak takut dengan hantu cuma takut dengan manusia yang jadi hantu, sebab mereka di luar jangkaan. (Hairi Safwan@Jetwallet)

0 comments: